Tanda – Tanda Sakit

4 06 2009

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

Mata  (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
  • Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG

  • Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin

  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
  • di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  1. Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL :

  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM :

  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR :

  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR :

  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  1. Sakit Sendi
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  1. KEBAS TANGAN :P engaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar
  2. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  3. KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  4. SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  5. SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  6. RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  7. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
KEPALA.

  • Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

  • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA

  • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING

  • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

LOYA/MUNTAH .

  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH

  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :

  • Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
KERAP KENCING ;

  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

AIR KENCING BERKAPUR

  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK :

  • Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :

  • Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH :

  • Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR :

  • Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT:

  • Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH

  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :

  • Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN
a) RASA SAKIT :

  • Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  1. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .

  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .

  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN :

  • Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT :

  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :

  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :

  • Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :

  • Sistem penghadaman yang lemah.

Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen