

Assalamualaikum semua,hampir seminggu aku tak menulis kat blog ni,barulah malam ni aku berkesampatan menulis sedikit catitan harian aku.Maklumlah dah 2 minggu ni mood movie aku kembali menghantui aku hehe..
Semalam aku dan kawan aku dah plan nak mendaki Gunung Datok sampai ke puncak,Gunung Datok ni terletak lebih kurang 10KM dari tempat tinggal aku,selama ni aku hanya perhatikan saja gunung tersebut dari jarak jauh,itupun sebulan sekali sebab aku hantar kapas dekat kilang Nestle Malaysia.
Semasa sampai,tak ramai yang sampai di kaki gunung tu dan yang aku nampak hanya sebuah kereta dengan no plat singapore ( SG ).Aku rasa diaorang dah sampai kat atas kot,tak pelah..aku selesaikan pandaftaran peserta dan bayar yuran sebanyak RM 15.00 untuk 5 orang.

Pendakian bermula jam 8.30 dan dimulakan dengan senaman ringan bagi memanaskan badan.Eh aku lupa nak bagitahu yang pendakian ni disertai4 orang kawan aku dan ini pertama kali aku mendaki Gunung Datok.Dengan trek yang melalui sebuah kolam mandi,pendakian bermula dengan memanjat tebing.

Alamak…takkan mula-mula jer dah mendaki kot,macam ni cepatlah aku “pancit” nak bawak badan yang berat ni hehe…Tak pe aku kuatkan semangat aku dan tak tengok depan,kononya takut tengok tinggilah .Chaitt.. haha..
Dengan ketinggian setinggi 2000 meter,aku dah mula menampak kelemahan diri aku.Aarrgghh !! tidak aku nak naik lagi,dalam keadaan mamai dan nak pitam sebab aku tak sempat nak sarapan pagi.Aku teruskan jugak pendakian sebelum tiba di zon tengah.Belum pun tiba di zon tengah,aku dah 5 kali berhenti,sakit kaki beb nak naik gunung yang agak curam tu.

Selepas berehat selama 10 minit,aku meneruskan pendakian yang berbaki 1000 meter lagi.Yang 1000 meter ni la yang kurang rasa mendaki,jalan agak landai dan relaks jer.Aku sangkakan landai sampai ke atas ker,rupanya sekejap jer.Sesi pendakian memanjat batu bermula,dengan memakai crocs aku memanjat batu dan pijak akar pokok.

Kali ni agak mencabar berbanding dibawah tadi,memanjat tebing yang curamnya hampir 80* membuatkan lutut aku lemah giler.Air dah sebotol aku kerjakan untuk bagi tenaga.Perghh…jalan punya jalan,ternampak papan tanda menunjukkan lagi 500 meter untuk sampai ke puncak.Ya Allah…jauhnya lagi tp aku kuatkan semangat dan berdoa moga Allah bagi aku tenaga untuk sampai ke puncak.

Disebabkan aku banyak berhenti,aku tertinggal dibelakang.Jalan punya jalan,aku terjumpa sekumpulan brader-brader yang agak gempal berjumlah 4 orang dan ada bau sikit,haha aku ni sensitif dengan bau dan aku rasa diaorang ni berasal dari SG berdasarkan bau yang memang sinonim dengan SG.Selepas aku soal,betullah diaorang dari SG..yang paling aku bengang,aku tengok diorang siram air kat kepala.Dari pada siram air kat kepala,baik bg aku minum..dan selambanya aku paw diaorang ” Bang,mintak sikit air boleh ? ” haha…setengah aku kejekan.
Selepas tu aku berehat untuk minum air,kita orang meneruskan perjalan dan aku terpisah dengan kawan aku,ntah macam mana aku terjoin team dari SG ni hehe…akhirnya aku pun berpecah 2 dan salah sorang dari warga SG tu ikut aku.Ntah macam mana,datang sorang mamat berkulit hitam,jalan punyalah laju siap berlari lagi.Mak ai lajunya dia jalan..Aku sempat jugak soal dia,rupanya dia berasal dari Sudan dan nak menguji ketahanan badan dia.

Akhirnya setelah 2 jam aku mendaki untuk sampai ke puncak,akhirnya aku berjaya sampai ke puncak dan lepak dengan kengkawan aku.Rupanya ada ada sekumpulan warga Filipina berkhemah kat tapak atas tu.Teruknya diaorang..tak pe lah abaikan dia.Aku tanyalah member aku pasal mamat Sudan tu,rupanya dia dah tercongok kat atas batu besar di puncak.Huhu kuat betul mamat tu.
Sempatlah aku bergambar di puncak bersama-sama dengan mamat Sudan tu,dan semasa nak turun dari batu besar tu,terserempak plak dengan brader SG yang same naik dengan aku.Haha aku da nak balik,ko baru nak naik.
Perjalan turun amat menyakitkan hati dan jugak kaki aku,mana tak nya..menurun curam yang tinggi.Dengan lutut menggigil lagi nyaris tak buatkan aku tergolek kat kaki bukit.Bukan aku jer yang menggigil rupanya ramai lagi member aku yang gigil.Masa nak turun tu jumpalah ramai pendaki baru nak mulakan pendakian.Dah tengahari nak panjat apa…
Akhirnya aku selamat sampai di kaki bukit semula,dan apa lagi..MANDI !!! bedebussshh !!! sejuknya air.Ok la kat bawah ni aku titipkan sedikit gambar untuk korang tengok .Panjang plak karangan aku malam ni haha..