
Setelah hampir 2 minggu aku menggunakan perkhidmatan P1 ni,aku puas hati dengan kelajuan yang ditawarkan dan bagi aku sama standard dengan streamyx 512k .Malam tadi semasa aku semak jumlah data yang aku dah guna,aku terperasan yang bil untuk bulan Ogos dah sampai.
Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak,aku main baca jer tak tengok apa yang terkandung dalam bil tu,yang pertama mesti aku tengok ialah jumlah caj yang aku kene bayar.Hah !! RM 28.20 ??? Murahnya…apahal murah sangat aku kene bayar untuk bil pertama,sedangkan streamyx puyalah mahal.
Rupanya jumlah yang harus aku bayar telah ditolak dengan bayaran pendaftaran RM 100.00. barulah aku tahu kenapa aku kene bayar sikit jer untuk bulan pertama.Alhamdulillah..jimat duit aku
Yang tak syoknya,bil semasa streamyx tertungga aku ialah RM 683.80 hehe…Amacam ? mahal tak bil aku setelah dicampur dengan bil tertunggak.Jenuh aku nak keluarkan duit tok bayar dan matikan line TM.Mau raya tahun ni aku tak pakai baju raya baru .
Harap-harap adalah bonus sebulan gaji ke dari bos aku,tak sabar rasanya nak dapat bonus hari raya