![]()
Zaman sekarang tiada apa yang tak boleh ditiru,semuanya boleh ditiru…dari sejenis kueh hinggalah ke duit,tetapi apa yang aku nak kongsikan malam ni ialah barangan tiruan keluaran Kotra Pharma iaitu Creobic Cream.
Pasti anda semua mengenali krim ni kan,dah semestinya kenal sebab bagus kalau kaki anda kene kulat air,kaki gatal mahupun luka.Luka ? boleh baik…tak semestinya untuk gatal saje.Aku dulu pakai kat ibu jari kaki,kaki aku berlubang…aku sapu krim ni je dalam masa seminggu lebih dah baik.Tu masa baru dapat motor la…orang laki mana boleh jumpa motor.Habis nak dilenjannya..
Ok la,pape pun kat bawah ni aku sertakan 2 keping salinan mengenai produk Creobic cream tiruan.Jadi kepada pemilik kedai,farmasi atau penjual runcit,sila la amik perhatian.Silap-silap korang semua boleh kene denda atau tidur lokap 2-6 tahun .
Klik pada gambar untuk lebih dekat


pernah guna kream ni dulu, berkesan. beli yang 2nd ni macam tak berkesan.. tak tahu sama ada tak sesuai dengan penyakit atau tiruan. saya beli dekat guardian… ori kot… huhu