
Lama sungguh aku tak update blog ni, ni P1 punya pasal la ni..time hujan je habis coverage KO langsung.Habis hilang semua idea yang terbuku dalam otak aku ni, nampaknya aku terpaksa tulis apa yang ada dalam kepala otak aku skang ni huhu..
Minggu lepas kedai aku telah buka satu peluang pekerjaan sebagai persediaan dan pengganti kepada kawan aku kahwin tak lama lagi,yang temuduganya ialah aku dan juga kawan perempuan dan proses saringan terakhir dilakukan oleh bos aku.Ramai jugaklah yang mintak,dari awek sampailah ke mak orang,semua datang nak keje kat kedai aku.
Dan dalam ramai-ramai tu,hanya seorang je yang terpilih disebabkan dia muda TAPI baru kawin. Hah ?? apa kene mengena baru kahwin dengan keje ? ntahlah aku pun tak tahu, jawapannya kene tanya pada bos.Apa yang bestnya ialah dia awal pagi dah tercegat depan pintu kedai menunggu aku bukak pintu,dan yang tak bestnya dia awal-awal lagi dah pulang tinggalkan aku dan kawan aku dalam kedai.Cehh bukannya nak tunggu kedai tutup dlu,masa rehat tak leh kompromi.Laki dia sampai je,terus keluar..Huhu dah mengganggu masa rehat aku.
Cuma yang aku harapkan dia mampu jalankan tugas sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab dan tak de la malas-malas ( macam aku ni hehe. .) .Tak pe saringan selepas ni ialah dengan doktor,nasiblah lepas ke tidak..ujian pertama kene tiow haha !!! Gilo tapi aku dah kene,nasiblahkan..