Pra Sekolah – Mari Mewarna …

22 08 2009

Coloring – Kids merupakan sebuah laman web yang mempunyai banyak latihan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah,tidak hanya untuk kanak-kanak pra sekolah sahaja.Bagi anda yang mempunyai anak-anak berumur dibawah 12 tahun dan masih tidak tahu mewarna,laman web ini mampu membantu anda. Baca baki entri ini »





Hasilkan Karya Text Di Wordle

19 09 2008

Bagaimana pandangan anda mengenai gambar dibawah? Menarik atau tidak adalah terpulang pada anda menilainya,ianya cuma sebahagian daripada hasil ujian saya pada sebuah laman web berteraskan JAVA.Mungkin selepas ini anda pula ingin mencubanya :) , mana tahu…

Laman yang dikenali sebagai Wordle, dan dihasilkan oleh orang senior IBM di bahagian Sofware Engineer iaitu Jonathan Feinberg merupakan laman web yang menghasil karya text berwarna – warni dan pelbagai bentuk.Anda diberi pilihan samada ingin memasukkan sendiri text di dalam kotak yang disediakan ataupun anda boleh memasukkan sambungan blog anda sendiri di ” Enter the URL of any blog “.

Apa yang boleh saya katakan ialah,ianya sebuah laman web yang sungguh ringkas,pantas dan tidak berserabut.Kepada pengguna yang masih belum mempunya Java  Runtime Environment,adalah baik anda memuat turun untuk mempercepatkan proses kandungan.Cuma kelemahannya ialah anda tidak boleh menyimpan karya yang dihasilkan terus ke komputer,cara yang paling berkesan dengan menangkap imej tersebut menggunakan perisian tambahan seperti Fastone Capture dan lain-lain.

Di antara hasil ujian saya klik DI SINI.

Untuk menghasil karya seperti berikut dan mendapatkan keterangan lebih lanjut,anda boleh malawat Wordle.Selamat mencuba… :)